Kedudukan hadis menurut Ulama Hadis Jibril

Imam Nawawi berkata: "Dan ketahuilah bahawasanya hadis ini mengumpulkan berbagai macam ilmu, pengetahuan-pengetahuan, adab-adab, dan hikmah-hikmah yang lembut. Bahkan hadits ini adalah pokoknya Islam." [6]

Dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari bahawa Imam Qurthubi berkata: "Hadis ini tepat untuk dikatakan sebagai induknya sunnah, kerana perkara-perkara yang terkandung didalamnya dari pelbagai ilmu sunnah. "[7]

Dalam Syarah Arbain, Ibnu Daqiqil Ied berkata: "Hadis ini seperti induknya sunnah. Sebagaimana Al-Fatihah disebut sebagai induknya Al-Qur'an kerana kandungannya yang telah mengumpulkan makna-makna Al-Qur'an. "[8]

Ibnu Rajab al-Hanbali berkata: "Ini adalah hadis agung yang mengandung keterangan (tentang) seluruh agama ini, oleh sebab itulah Nabi berkata di akhir hadis:" Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan kalian (tentang) agama kalian. ", setelah menjelaskan tingkatan Islam, Iman, dan Ihsan dan menjadikan semuanya itu adalah (sebahagian daripada) agama." [9]